SELAMATKAN MASJID AQSA
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Ayat suci Al-Quran yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat juga kita dapati bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.
Sewaktu Rasulullah s.a.w mula-mula tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.
Antara riwayat yang menyebut tentang peristiwa perubahan qiblat daripada Baitul Maqdis, Palestin ke Baitullah, Mekah ialah riwayat daripada Ibnu Saad di dalam at-Tobaqat di mana Rasulullah s.a.w sedang melawat Ummu Bishr bin al-Bara’ bin Ma’rur di kawasan Bani Salamah. Dia telah menyediakan jamuan untuk Rasulullah s.a.w dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat Zohor, baginda bersembahyang di masjid perkampungan itu. Ketika baginda berada pada rakaat kedua, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya agar menukar arah qiblat dari Masjid al-Aqsa ke arah Ka’abah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah Ka’abah ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh sebab itulah masjid tersebut dinamakan Masjid al-Qiblatain yang bererti masjid dua Qiblat yang terus kekal dan boleh dilawati sehingga hari ini.
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, solat pertama menghadap Ka’abah ialah solat Zohor di masjid Qiblatain di perkampungan Bani Salamah, solat pertama menghadap Ka’abah di Masjid Nabawi ialah solat Asar manakala solat Subuh pertama menghadap Ka’abah ialah di masjid Quba’.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Ka’abah di Masjidil Haram Mekah dan Masjid al-Aqsa si Baitul Maqdis, Palestin mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadat bagi umat Islam yang mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ka’abah telah dibina oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail di mana ia merupakan rumah Allah atau masjid yang pertama dibina. Manakala Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina dimana ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Ka’abah oleh nabi Ibrahim sekembalinya baginda dari Mekah ke tanahairnya Baitul Maqdis.
Dari dahulu sehingga sekarang perebutan ke atas Baitul Maqdis oleh tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi terus berlaku. Masing-masing berusaha untuk menguasai bumi suci ini kerana ia mempunyai kelebihan menurut ketiga-tiga agama ini sehingga ada yang menyatakan bahawa jika sesuatu agama atau kuasa ingin menguasai dunia maka mereka mesti menguasai Baitul Maqdis. Kita lihat bagaimana kejayaan yahudi setelah menduduki bumi Palestin di mana jumlah mereka yang beberapa juta sahaja tetapi mampu hidup dan menguasai dunia arab yang terdiri daripada beratus juta penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kejayaan yahudi mendapatkan sebuah negara yang dinamakan Israel di bumi Palestin ini pada 14 Mei 1948 adalah hasil penipuan fakta dan penguasaan mereka terhadap kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat sehingga mereka berjaya mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mereka diberikan sebuah negara haram di atas bumi Palestin atas nama simpati dan menebus dosa dunia terhadap kekejaman bangsa Jerman yang didakwa melakukan pembunuhan yang paling kejam dengan membakar berjuta-juta yahudi. Dakwaan mereka ini adalah palsu kerana jumlah sebenar yahudi pada masa itu tidak sampai kepada jumlah sebagaimana yang didakwa itu. Sedangkan pembunuhan yang paling kejam dan dahsyat ialah pembunuhan yahudi terhadap umat Islam di mana yahudi telah menyembelih begitu ramai umat Islam ketika mula-mula memasuki bumi Palestin sehingga darah yang mengalir di atas masjid al-Aqsa bagaikan air banjir. Pembunuhan dan kekejaman mereka terus berjalan sehingga hari ini di mana semenjak sebulan terakhir ini sahaja hampir 300 orang kanak-kanak Islam mati dibunuh.
Siang Jumaat yang dikasihi,
Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini yahudi mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan alasan masjid ini di bina di atas Haikal Kerajaan nabi Sulaiman. Sememangnya Haikal Kerajaan nabi Sulaiman terbina berhampiran masjid Aqsa sekarang tetapi pembinaannya yang dilakukan oleh nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan Masjid al-Aqsa. Ini bermakna masjid Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum terbinanya Haikal tersebut dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam bukannya hak yahudi yang merupakan pembunuh nabi-nabi. Nabi Sulaiman sendiri merupakan keturunan nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam.
Yahudi akan terus berusaha dalam meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan apa cara sekali pun dan kita umat Islam akan terus mempertahankannya walau terpaksa menumpahkan darah demi Islam. Kita akan sentiasa mengingati kata-kata tegas yang pernah keluar daripada mulut Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniah Turki di mana ketika ditawarkan dengan tawaran lumayan oleh kesatuan yahudi antarabangsa supaya dibenarkan yahudi berpindah beramai-ramai dan menduduki bumi Palestin lalu beliau menjawab : " Kami tidak menjual tanahair dengan wang. Kami mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak mungkin melepaskannya walau pun seinci tanpa kami mengorbankan darah kami untuk mempertahankannya".
Bumi Palestin dan masjid Aqsa adalah milik seluruh umat Islam bukannya milik umat arab yang mesti dipertahankan. Yahudi mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa cara sekali pun. Jangan terlalu mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia dikuasai oleh Yahudi yang berpusat di Israel dan mengatur segala perancangan mereka melalui pusat pentadbirannya di barat Amerika Syarikat dan Asia Tenggara ialah di Singapura. Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) pula hanya bergegar di dewan tetapi bantuan yang akan disalurkan ialah makanan dan ubatan bagi yang cedera dan kain kapan bagi yang telah mati ditembak. Pemimpin negara umat Islam hanya pentingkan pangkat dan harta mereka sahaja sedangkan kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada seluruh negara umat Islam sebenarnya untuk mempertahan dan mengembangkan Islam.
Umat Islam di Palestin memerlukan bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi yahudi yang kejam. Menunggu kebenaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum menghantar bantuan ketenteraan seperti terus merelakan umat Islam dibunuh dan masjid Aqsa diruntuhkan. PBB yang dikuasai yahudi tidak akan membantu umat Islam dalam memerangi yahudi.
Perjuangan kita masih jauh dan teruskanlah memberi bantuan material disamping doa kepada semua umat Islam terutama di Palestin yang dibunuh sesuka hati. Kita juga mengharapkan agar dibuka hati para pemimpin negara umat Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani dalam mempertahankan Islam dan umatnya daripada terus ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Kita tidak mahu lagi melihat pemimpin yang hebat bercakap dalam masalah memerangi yahudi tetapi ada rakyatnya merengkok dalam penjara kerana membantah kemasukan pengganas yahudi ke negaranya.
Firman Allah dalam ayat 67 surah Ali- Imran yang bermaksud :
Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama yahudi dan tidak pula dia seorang Kristian tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim dan dia pula bukanlah daripada orang-orang musyrik
Firman Allah dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Sya’aban dalam menyambut ketibaan bulan Ramadhan di mana seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Semoga kedatangan Ramdahan kali ini memberi makna yang besar dalam kita mengejar keredhaan Allah. Hidupkanlah Ramadhan yang akan datang ini dengan amalan sunat seperti memperbanyakkan solat sunat, tadarrus al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Tingkatkanlah amalan kebajikan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin kuat dan kukuh. Jika iblis dan syaitan dirantai pada bulan puasa janganlah pula kita melepaskan nafsu yang merupakan kawan rapat syaitan untuk terus menguasai diri kita
قال الله تعالى : ( إذا جاء أجلهم فلا يستأخرون ساعة ولا يستخدمون ) . maksudnya: ( apabila telah datang ajal mereka maka tidak akan dilewatkan sedikit pun dan tidak di cepatkan sedikit pun .
terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu

Thursday, July 1, 2010
PEPERANGAN UHUD
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.
Kini kita berada di permulaan bulan Zulkaedah dan dengan ini juga kita telah meninggalkan bulan Syawal yang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berlalunya Syawal adalah sebagaimana berlalunya Ramadhan yang lepas. Adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadahan dan Syawal yang akan datang hanyalah Allah yang mengetahuinya. Beruntunglah bagi mereka yang telah berjaya menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal lalu dalam keadaan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah. Semoga segala amalan itu diterima oleh Allah dan juga mampu membina diri kita ke arah yang lebih baik dari tahun dan hari sebelumnya.
Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan Syawal ini ialah peperangan Hunain, peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun Khandak. Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang disertai oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan ini memberi satu peringatan dan gambaran yang bermakna kepada kita semua bahawa perjuangan di dalam meninggikan kalimah Allah adalah wajib dan mesti menempuh pelbagai rintangan dan halangan.Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani indah tetapi menuntut kepada tumpahnya darah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah. Tanyalah diri kita sejauh manakah tahap perjuangan dan sumbangan kita ke arah memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya diperintah. Berapa banyakkah harta kita yang disumbangkan untuk Islam dan berapa banyakkah peluh kita yang mengalir demi menjaga kemurnian Islam daripada dinoda oleh musuh-musuh yang sentiasa memeranginya.
Walau pun Syawal telah berlalu namun tidak terlewat pada hari ini untuk kita sama-sama merenungi dan mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu. Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib. Baginda terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid, kedua mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid dan yang ketiga Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana mati syahid di medan peperangan merupakan satu kemenangan dan anugerah Allah yang mana bukannya boleh diperolehi dengan mudah dengan hanya semata-mata turut serta dalam peperangan maka kita akan mati syahid. Berapa ramai para sahabat dan pejuang Islam yang turun ke medan jihad untuk menentang musuh tetapi mereka tidak gugur syahid sebagaimana yang yang dicita-citakan sebelum menuju ke medan perang. Sayyidina Khalid al-Walid sendiri yang merupakan antara panglima perang Islam yang agung selepas keislamannya walau pun dalam dalam peperangan Uhud ini dia masih belum Islam malah menjadi panglima tentera berkuda bagi pihak musyrikin di mana pada saat kematiaannya pernah menempelak mereka yang takut untuk turun ke medan jihad kerana takut mati dengan kata-katanya : Sesungguhnya begitu penakut dan bacul bagi mereka yang takut untuk berjihad di medan peperangan kerana takut kepada kematian sedangkan aku sendiri telah melalui beratus-ratus peperangan dan setiap kali aku turun berjihad aku begitu mengharapkan agar memperolehi mati syahid namun pada hari ini aku hanya mengakhiri kehidupanku di atas katil di rumahku sahaja.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh. Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaiatu bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb. Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut. Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub.Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam. Perjuangan mereka ini janganlah hanya sekadar diketahui dan disebut-sebut sahaja sedangkan kita yang berada di zaman di mana Islam diserang dari pelbagai pihak dalaman dan luaran mestilah lebih meningkatkan usaha dalam memastikan kemenangan Islam sehingga tercapainya kemenangan itu bersama-sama dengan keredhaan Allah. Jangan kita hanya tahu kata jihad tetapi tidak serius dalam melihat dan mendengar hukum Allah dicaci, Sunnah nabi dimaki, para ulama’ dikeji, masjid-masjid dicemari dan dikunci daripada dihidupkan serta maruah umat Islam dikotori dengan najis maksiat yang jijik dan membahayakan aqidah.
Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang. Khalid ibnu Walid di mana merupakan panglima berkuda di puak musyrikin telah mengambil tindakan dengan melakukan serangan mengejut terhadap tentera Islam setelah melihat tentera pemanah telah berkurangan. Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini.Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya. Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera. Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam. Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup. Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh. Cara yang diambil ini telah berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin.Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binte’Utbah untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.
Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.
Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dan patuh kepada Allah dan rasulNya mestilah ikhlas dan yakin kepada janji Allah dalam perjuangan mengembalikan Khilafah Islamiah yang telah lama hilang.Perjuangan kita mestilah berteraskan aqidah Islam yang sebenar bukannya berdasarkan bangsa semata-mata.
Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w. Abu Sufian tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu bahawa tentera Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula. Kehebatan dan kepantasan Rasulullah s.a.w dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas jepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada imam sembahyang dan pendakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada d tempat yang tertinggi. Inilah dia peranan sebenar ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat kepada Allah ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum Allah dalam menjalankan kehidupan seharian. Ulama’ bukan sahaja berperanan untuk mengajar dan membimbing masyarakat setempat sahaja tetapi mesti memainkan peranan penting untuk menegur pemimpin negara yang tergelincir daripada syariat Islam. Malah yang lebih baik lagi ialah para ulama’ sendiri menjadi pemimpin kepada rakyat itu sendiri.
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ :
yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.

BERGAJAH MODEN BERSATU HADAP TENTERA
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1- 5 surah al-Fiil :
ألم تركيف فعل ربك بأصحــب الفيل ألم يجعل كيدهم فى تضليل وأرسل عليهم طيرا أبابيل ترميهم بحجارة من سجيل فجعلهم كعصف مأكول
Maksudnya : Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? . Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpuak-puak; .Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; .Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Kita mula mahu meninggalkan bulan Sofar bagi sama-sama menyambut kedatangan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam terutama sekali saban tahun apabila tibanya bulan Rabiul Awwal maka seluruh umat Islam sedunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Kelahiran dan kebangkitan nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi lagi rasul akhir zaman telah memecahkan benteng pemisah antara jurang bangsa, budaya, negara kepada umat yang berpegang kepada aqidah yang satu dengan mengadap ke arah qiblat yang satu serta mengamalkan ajaran dan sistem yang ditunjukkan oleh al-Quran yang satu. Tidak timbul dalam hati mereka yang beriman dari kalangan bukan berbangsa arab tentang wajarkah mereka menerima Islam yang di bawa oleh seorang nabi yang berbangsa arab dan tidak timbul perasaan ragu-ragu tentang sistem pemerintahan, ibadat, ekonomi, kemasyarakatan yang ada dalam al-Quran yang berbahasa arab samada sesuai untuk dilaksanakan di negara dan oleh bangsa selain arab. Kekuatan aqidah terhadap Allah dan rasulNya telah melenyapkan segala perasaan ragu-ragu atau was-was tentang keadilan dan kemurnian system Islam yang bukan sahaja berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan dirinya sendiri malah meliputi hubungan antara manusia sesama manusia samada seagama atau berlainan agama.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Ketika mengingati tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w maka ia tidak dapat dipisahkan daripada menyebut tentang peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah dari Yaman ke atas Kota Mekah bagi menghancurkan Ka’abah. Perbuatan dan tindakan Abrahah ini akibat daripada perasaan dengki terhadap sambutan yang telah diberikan kepada Kota Mekah dengan adanya Ka’abah sehingga tidak mampu diberi saingan oleh kerajaan Abrahah walau pun telah membuat pelbagai pembangunan bagi menarik minat ramai. Oleh itu kedudukan Ka’abah mengikut pandangan Abrahah mesti dirobohkan segera bagi memastikan manusia mengalih tumpuan ke Yaman pula. Walau pun ada yang cuba menghalang tetapi telah dikalahkan oleh Abrahah yang mempunyai angkatan tentera yang kuat. Apabila tentera Abrahah sudah tiba berhampiran dengan Kota Mekah lalu datuk nabi iaitu Abdul Muttalib datang bertemu dengan Abrahah agar diserahkan 200 ekor untanya bukan berunding agar Abrahah tidak meruntuhkan Ka’abah. Ketika menjawab pertanyaan Abrahah lalu Abdul Muttalib mengatakan bahawa dia hanya meminta unta kerana ia adalah miliknya sedangkan Ka’abah mempunyai tuan yang akan menjaganya iaitu Allah. Selepas itu Abdul Muttalib meminta agar kaumnya berlindung di sebalik bukit agar tidak menjadi mangsa kepada tentera Abrahah manakala dia bersama beberapa orang lagi telah menuju ke Ka’abah dan memegang gelang pintunya sambil berdoa memohon pertolongan daripada Allah. Akhirnya Allah telah menghantar tentera berupa burung-burung kecil yang melontar batu ke atas tentera bergajah Abrahah sehingga hancur kulit-kulit mereka dan mereka mati dalam penuh kehinaan.
Tindakan tentera Abrahah adalah sama dengan tindakan Amerika yang telah dihasut oleh yahudi dalam menentang umat Islam pada hari ini. Akibat bimbang umat Islam akan kembali kepada ajaran Islam yang menyeluruh yang boleh membawa kepada kurang bergantungnya umat Islam kepada system ciptaan kuffar terutama yahudi serta betapa tergugatnya kedudukan negara haram Israel jika umat Islam kembali bersatu atas dasar iman dan taqwa menentangnya maka suatu usaha yang rapi berbentuk serangan saraf dan fizikal telah dilancarkan secara besar-besaran agar negara umat Islam dapat dijajah kembali. Kuffar telah melihat hasil penjajahan sebelum ini telah berjaya memecah belahkan umat Islam serta menjauhkan mereka daripada ajaran Islam yang sebenar. Kuffar berjaya mengaut keuntungan hasil perpecahan umat Islam dengan mengaut hasil bumi yang ada serta hasil daripada penggunaan kepada system ciptaan mereka seperti kapitalis, sosialis dan komunis. Dendam dan dengki kuffar terutama yahudi terhadap Islam terus membara dan bila ia meletus maka ramailah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman.
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
ود كثير من أهل الكتــب لو يردونكم من بعد إيمــنكم كفارا حسدا من عند أنفسهم من بعد ماتبين لهم الحق فاعفوا واصفحوا حتى يأتي الله بأمره إن الله على كل شيء قدير
Maksudnya : Ramai di kalangan Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana perasaan dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, kamu maafkanlah dan biarkanlah mereka, sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Menyedari tentang bahaya dan ruginya perpecahan di kalangan umat Islam yang menyebabkan kita terus dijajah maka kita wajib kembali bersatu. Umat Islam cukup merana dan menderita akibat penjajahan baru ke atas negara umat Islam dengan alasan mahu membasmi keganasan. Kuffar yang diketuai oleh yahudi telah berusaha meranapkan negara umat Islam yang berpengalaman dengan peperangan seperti Afghanistan dan terbaru Iraq disamping amaran keras terhadap Syria dan Iran serta menghancurkan gerakan Islam yang mempunyai kelengkapan dan latihan senjata bagi melumpuhkan golongan mujahidin yang selama ini banyak membantu saudara agama yang tertindas seperti di Bosnia dan Kosova. Kita jangan ingat bahawa setelah berjaya menghancurkan umat Islam yang berpengalaman dalam penggunaan senjata maka kuffar akan berhenti daripada memerangi umat Islam. Ini adalah kerana api permusuhan kuffar terhadap umat Islam tidak pernah padam sehinggalah kita sujud di bawah kaki mereka. Sebagai suatu umat yang bermaruah dan pilihan maka kita tidak sama sekali tunduk kepada kehendak kuffar sebaliknya kita mesti mengorak langkah dengan seberapa segera untuk kembali bersatu di atas dasar iman dan Islam. Banyak laungan agar umat Islam bersatu tetapi tidak jelas tujuan dan matlamatnya. Adakah umat Islam boleh mengatakan bahawa mereka mesti bersatu atas dasar kebangsaan yang sempit dan menyesatkan. Adakah umat Islam boleh melaungkan kalimah bersatu atas dasar sekularisme yang sesat. Adakah boleh bersatu atas dua dasar yang berlawanan iaitu iman dan kufur. Adakah boleh bersatu atas dua dasar yang bertentangan iaitu Islam dan jahiliah. Jika kita mahu bersatu maka mesti memilih salah satu jalan sahaja iaitu iman dengan menolak kufur, memilih Islam dengan menolak jahiliah serta bersatu kerana Allah bukan keranamu Malaysia. Malaysia insya Allah selamat jika kita berjuang kerana Allah dengan melaksanakan seluruh system Islam dalam negara tetapi ia hancur sebagaimana Iraq dan selainnya jika berjuang atas dasar bangsa dan ideology ciptaan manusia dengan mengenepikan system Islam yang adil.
Firman Allah dalam ayat 4 surah as-Sof :
إن الله يحب الذين يقــتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيــن مرصوص
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Yakinlah kita bahawa dengan Islam sahaja maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah bukan penentang Islam. Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memperjuangkan Islam sebaliknya kita ialah rantaian kepada perjuangan umat terdahulu dan akan datang. Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini. Tiada erti letih dalam berjuang jika kita yakin bahawa perjuangan Islam adalah suci sebaliknya kuffar dan golongan munafik lebih letih menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapat habuan dunia berbentuk takhta dan harta.
Ingatlah firman Allah ayat 14 surah as-Sof :
يــأيهاالذين ءامنوا كونوا أنصار الله كما قال عيسى ابن مريم للحواريـــن من أنصارى إلى الله قال الحواريون نحن أنصار الله فـئامنت طائفة من بني إسرائيل وكفرت طائفة فأيدنا الذين ءامنوا على عدوهم فأصبحوا ظــهرين
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.
Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu:
1 . Al-Quran
2 . Al-Sunnah atau Hadis
3 . Ijmak
4 . Qiyas.
Sejarah Golongan Anti Hadis<
Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang ahli fikah.
Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi s.a.w. lakukan."
Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan."
*********
Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan.
Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij – masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah mengkafirkan beliau.
**********
Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i
Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:
Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?"
Imam Syafi’I: "Ada."
Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"
Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?"
Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"
Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?’
Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya."
Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?"
Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."
Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti."
Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."
**********
Golongan Anti Hadis Abad Modern
Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah.
Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balik pandangan berkenaan.
Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah.
------------------------
Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.
Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.
2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.
3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.
Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.
Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.
ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.
iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.
iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam
Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.
Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.
Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.
Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.
(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada’ dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber:)
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

(Sumber:

Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi.
Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.
Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis.
Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).
Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis.
Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam.
Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah.
Pemimpin Asya'irah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah.
Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya'irah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah:
- Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak.
- Pemahaman antara iman dan Islam.
- Makna qadha' dan qadar.
- Makna kasb (usaha).
- Wajib siksa secara syarak.
- Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah
Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1 . Mengenal Allah adalah secara syarak.
2 . Alam ini adalah baru.
3 . Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4 . Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5 . Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
6 . Tidak kewajiban ke atas Allah.
7 . Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Haru juga melihat Allah Taala.
8 . Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9 . Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
10 . Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
11 . Tiada siapa yang maksum kecuali para nabi.
12 . Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13 . Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14 . Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15 . Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16 . Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.

Subscribe to:
Posts (Atom)