terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu

terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu

Thursday, July 1, 2010

SELAMATKAN MASJID AQSA



Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Ayat suci Al-Quran yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat juga kita dapati bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.
Sewaktu Rasulullah s.a.w mula-mula tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.
Antara riwayat yang menyebut tentang peristiwa perubahan qiblat daripada Baitul Maqdis, Palestin ke Baitullah, Mekah ialah riwayat daripada Ibnu Saad di dalam at-Tobaqat di mana Rasulullah s.a.w sedang melawat Ummu Bishr bin al-Bara’ bin Ma’rur di kawasan Bani Salamah. Dia telah menyediakan jamuan untuk Rasulullah s.a.w dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat Zohor, baginda bersembahyang di masjid perkampungan itu. Ketika baginda berada pada rakaat kedua, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya agar menukar arah qiblat dari Masjid al-Aqsa ke arah Ka’abah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah Ka’abah ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh sebab itulah masjid tersebut dinamakan Masjid al-Qiblatain yang bererti masjid dua Qiblat yang terus kekal dan boleh dilawati sehingga hari ini.
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, solat pertama menghadap Ka’abah ialah solat Zohor di masjid Qiblatain di perkampungan Bani Salamah, solat pertama menghadap Ka’abah di Masjid Nabawi ialah solat Asar manakala solat Subuh pertama menghadap Ka’abah ialah di masjid Quba’.
Sidang Jumaat yang dikasihi,

Ka’abah di Masjidil Haram Mekah dan Masjid al-Aqsa si Baitul Maqdis, Palestin mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadat bagi umat Islam yang mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ka’abah telah dibina oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail di mana ia merupakan rumah Allah atau masjid yang pertama dibina. Manakala Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina dimana ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Ka’abah oleh nabi Ibrahim sekembalinya baginda dari Mekah ke tanahairnya Baitul Maqdis.
Dari dahulu sehingga sekarang perebutan ke atas Baitul Maqdis oleh tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi terus berlaku. Masing-masing berusaha untuk menguasai bumi suci ini kerana ia mempunyai kelebihan menurut ketiga-tiga agama ini sehingga ada yang menyatakan bahawa jika sesuatu agama atau kuasa ingin menguasai dunia maka mereka mesti menguasai Baitul Maqdis. Kita lihat bagaimana kejayaan yahudi setelah menduduki bumi Palestin di mana jumlah mereka yang beberapa juta sahaja tetapi mampu hidup dan menguasai dunia arab yang terdiri daripada beratus juta penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kejayaan yahudi mendapatkan sebuah negara yang dinamakan Israel di bumi Palestin ini pada 14 Mei 1948 adalah hasil penipuan fakta dan penguasaan mereka terhadap kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat sehingga mereka berjaya mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mereka diberikan sebuah negara haram di atas bumi Palestin atas nama simpati dan menebus dosa dunia terhadap kekejaman bangsa Jerman yang didakwa melakukan pembunuhan yang paling kejam dengan membakar berjuta-juta yahudi. Dakwaan mereka ini adalah palsu kerana jumlah sebenar yahudi pada masa itu tidak sampai kepada jumlah sebagaimana yang didakwa itu. Sedangkan pembunuhan yang paling kejam dan dahsyat ialah pembunuhan yahudi terhadap umat Islam di mana yahudi telah menyembelih begitu ramai umat Islam ketika mula-mula memasuki bumi Palestin sehingga darah yang mengalir di atas masjid al-Aqsa bagaikan air banjir. Pembunuhan dan kekejaman mereka terus berjalan sehingga hari ini di mana semenjak sebulan terakhir ini sahaja hampir 300 orang kanak-kanak Islam mati dibunuh.
Siang Jumaat yang dikasihi,

Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini yahudi mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan alasan masjid ini di bina di atas Haikal Kerajaan nabi Sulaiman. Sememangnya Haikal Kerajaan nabi Sulaiman terbina berhampiran masjid Aqsa sekarang tetapi pembinaannya yang dilakukan oleh nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan Masjid al-Aqsa. Ini bermakna masjid Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum terbinanya Haikal tersebut dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam bukannya hak yahudi yang merupakan pembunuh nabi-nabi. Nabi Sulaiman sendiri merupakan keturunan nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam.

Yahudi akan terus berusaha dalam meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan apa cara sekali pun dan kita umat Islam akan terus mempertahankannya walau terpaksa menumpahkan darah demi Islam. Kita akan sentiasa mengingati kata-kata tegas yang pernah keluar daripada mulut Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniah Turki di mana ketika ditawarkan dengan tawaran lumayan oleh kesatuan yahudi antarabangsa supaya dibenarkan yahudi berpindah beramai-ramai dan menduduki bumi Palestin lalu beliau menjawab : " Kami tidak menjual tanahair dengan wang. Kami mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak mungkin melepaskannya walau pun seinci tanpa kami mengorbankan darah kami untuk mempertahankannya".
Bumi Palestin dan masjid Aqsa adalah milik seluruh umat Islam bukannya milik umat arab yang mesti dipertahankan. Yahudi mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa cara sekali pun. Jangan terlalu mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia dikuasai oleh Yahudi yang berpusat di Israel dan mengatur segala perancangan mereka melalui pusat pentadbirannya di barat Amerika Syarikat dan Asia Tenggara ialah di Singapura. Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) pula hanya bergegar di dewan tetapi bantuan yang akan disalurkan ialah makanan dan ubatan bagi yang cedera dan kain kapan bagi yang telah mati ditembak. Pemimpin negara umat Islam hanya pentingkan pangkat dan harta mereka sahaja sedangkan kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada seluruh negara umat Islam sebenarnya untuk mempertahan dan mengembangkan Islam.

Umat Islam di Palestin memerlukan bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi yahudi yang kejam. Menunggu kebenaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum menghantar bantuan ketenteraan seperti terus merelakan umat Islam dibunuh dan masjid Aqsa diruntuhkan. PBB yang dikuasai yahudi tidak akan membantu umat Islam dalam memerangi yahudi.

Perjuangan kita masih jauh dan teruskanlah memberi bantuan material disamping doa kepada semua umat Islam terutama di Palestin yang dibunuh sesuka hati. Kita juga mengharapkan agar dibuka hati para pemimpin negara umat Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani dalam mempertahankan Islam dan umatnya daripada terus ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Kita tidak mahu lagi melihat pemimpin yang hebat bercakap dalam masalah memerangi yahudi tetapi ada rakyatnya merengkok dalam penjara kerana membantah kemasukan pengganas yahudi ke negaranya.
Firman Allah dalam ayat 67 surah Ali- Imran yang bermaksud :
Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama yahudi dan tidak pula dia seorang Kristian tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim dan dia pula bukanlah daripada orang-orang musyrik
Firman Allah dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Sya’aban dalam menyambut ketibaan bulan Ramadhan di mana seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Semoga kedatangan Ramdahan kali ini memberi makna yang besar dalam kita mengejar keredhaan Allah. Hidupkanlah Ramadhan yang akan datang ini dengan amalan sunat seperti memperbanyakkan solat sunat, tadarrus al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Tingkatkanlah amalan kebajikan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin kuat dan kukuh. Jika iblis dan syaitan dirantai pada bulan puasa janganlah pula kita melepaskan nafsu yang merupakan kawan rapat syaitan untuk terus menguasai diri kita

No comments:

Post a Comment